Time Travelled — about 5 years

A letter from May 10th, 2020

May 09, 2020 Jun 18, 2025

Peaceful right?

Assalamualaikum aishah, ni acha harini 9/5/20 masih sorang sorang dekat kolej, dah lama nak buat ni tak tau lah kita boleh jumpa lagi tak lima tahun akan datang :') Sekarang ni susah sangat, complicated. Tengah RMO ada hikmah rasanya yelah kalau tidak nak duduk mana kan? aishah, apapun yang jadi pada awak tolonglah tabah, maafkan semua orang. Aishah waktu ni awak rasa useless sangat sangat. mana taknya lab, assignment and fyp semua tinggal. lagi 2 hari ada test data com tapi tak study pun. Aishah kalau awak survive until umur awak 25, percayalah awak kuat dan sya nak ucap terima kasih sangat sangat sebab masih boleh bertahan. Harapnya awak tak lupa diri kalau kalau dah berjaya. Maafkan saya sebab bazirkan masa awak. Maafkan saya sebab jadikan awak anak yang tak ****. Saya cuma nak luahkan isi hati saya, awak tahukan saya baru 20 belum genap lagi 20, bulan 2 haritu saya kena halau. Waktu tu dunia betul betul kelam, saya tak rasa bangga pun tinggalkan rumah tu, saya tak rasa bebas mungkin saya masih terperangkap lagi dalam rumah tu..sebenarnya saya nak abah dengan mama tahan saya. Sampai harini diorang tak pernah call saya...kalaulah saya bunuh diri tapi awak tahu kan saya takut...saya selalu cakap dengan diri ni, semua yang jadi ni salah saya ke? Saya ke yang minta semua ni? Saya tak nak pun jadi anak angkat..saya taknak pun lahir kat dunia ni..saya rasa saat paling bahagia waktu saya 5 dan 6 tahun waktu saya masuk zapin, saya ingat lagi cikgu suruh beratur belakang untuk ambil hadiah rupanya saya dapat piala besar =) masuk pertandingan seni dengan nurul, tak ingat menang ke tak tapi hadiah tu colour pencil dalam bekas tapi rasanya saya tak dapat pakai pun sebab kena banjir...ingat jugak kena pukul dalam bilik air dengan mama tak tau sebab apa, lagi satu saya ingat kena pukul dengan penyapu lidi mungkin sebab tak habis makan nasi? Waktu nak masuk 7 tahun, pindah dari Kluang ke Batu Pahat, saya rasa waktu dekat Kluang, along selalu kena buli, saya ingat lagi abah mama datang jumpa pengetua sekolah along. Kesian along. Awal awal pindah okay je cuma abah belum dapat pindah Batu Pahat lagi masih kerja kat Kluang. Rasanya bermulalah kisah si nakal aishah, sebab selalu je kena pukul. Dari curi duit Mak Tok sampailah curi duit mama abah ada jugak curi duit si Aqilah tu, kamus besta izzah entahlah tak ada siapa ajar pun tu penyakit ke? atau memang salah sebab lepas abah mama tahu memang kena sebat. Ingat lagi waktu tu lari dekat kebun sebelah sebab takut kena pukul dengan abah oh tu sebab curi dompet mak ngah tapi kak ida kata nak ambik ambiklah rasanya kot, lepas abah kejar dekat kebunn lari masuk bilik yang biasalah bersepah, waktu first time abah tampar dan waktu jugak nampak abah bergenang air mata. Lagi satu waktu curi duit abah dengan mama, waktu subuh sebelum hantar mak nyit dgn tok seth pergi umrah ke haji tak silap kena pukul lagi dekat beranda rumah waktu hujan lebat plus guruh so memang tak dengar pun kalau nangis. Cakap pasal hujan waktu kena marah dengan mama dan waktu hujan ingat lagi lari keluar hujan hujan waktu tu macam nampak mak nyit dengan tok seth panggil.Waktu tu ada kot satu kes curi tapi tak ingat yang ingat cuma naik motor dengan along lepastu balik terus kena rotan tak kuat sangat sebab ada yunus kot waktu tu. Pernah nak lari dari rumah then jerit kat mama rumah ni macam neraka! Rasanya waktu tu aishah jalan kai melintas jalan besar pergi rumah mak tok berani betul ke naik basikal macam tulah. Mama selalu marah-marah bila marah selalu cakap kau tu cuma anak angkat je! Menyesal aku amik kau, kalau aku tahu biar kau kena makan dengan anjing! Sebab selalu sangat kena pukul dengan mama ada sekali tu mama suka pukul **** rotan tebal ni, waktu tak tahu saya buat apa lepastu mama pukul sampai kena kat muka yes darah, ingat lagi waktu abah tanya kat mama kenapa pukul sampai kat muka, mama senyum macam cakap degil ke apa entah. abanh pun pernah pukul **** raket badminton waktu masih sekolah rendah kot sebab ni lah penipuan pertama yang aishah buat dekat cikgu, abah pukul sampai kena jari mestilah kena jari sebab nak hadang diri, berdarah tapi ingat tak tak ada pun sesiapa sapukan minyak letak handyplus tak ada pun datang sekolah dengan jari bengkak yang masih ada darah dah lah tangan kanan tipu cikgu bibi tak boleh tulis selama seeminggu sebab tercepit pintu kereta, kelakar kan? tapi tak semua duka, ingat lagi waktu tu abah terpaksa keluar semua duit yang dia ada unntuk beli laptop untuk awak buat kerja kursus pt3 beli potable wifi sekali entah berapa lah dah habis duitnya hanya untuk awak. Ingat lagi tak pura pura pengsan lepas sahur sebab kerja kursus geo belum siap ingat tak betapa takutnya abah dengan mama, lepastu ingat tak bila balik sekolah agama lepastu accident dekat jalan besar waktu abah siap nak bergasuh dengan orang yang langgar tu, ingat tak mama cakap akak jangan tidur jangan tidur sebab takut awak pengsan, lagi satu waktu tu macam raya, pagi pagi awak bangun keluar tengok abah betulkan kereta lepastu awak jatuh kebelakang? Bangun bangun je nampak mama tengah sapu bilik awak? Ingat tak waktu bulan puasa dekat asrama mama dengan abah datang bawak makanan tiap petang walau tak selalu? Kenapa semua tu kejap sangat, kenapa bahagia tu kejap sangat? Saya tahu awak pernah terfikir untuk lawan balik mama tiap kali dia pukul kalau awak dah besar kan? Form 3 ke 4 tu lah kali pertama awak melawan tulah kali pertama awak gelarkan mama 'kau' dan sejak tu semuanya makin keruh, ingat tak sejak tu awak pergi sekolah sebelum keluar kereta cuma salam abah sebab mama dah tak nak salam. Bergaduh besar dengan haikal sebab sebiji phone, baling remote jerit dekat mama samapai mama cakap dah lah menumpang rumah aku tak malu kenapa taknak berambus rumah ni kan neraka! Waktu tu awak marah sangat sebab mama menangkan haikal awak menjerit jerit tapi satu yang saya ingat awak cakap 'abah sayang aku! dia tak macam kau! dia selalu dengar aku!'tapi tanpa awak sedar datang haritu hari dimana abah sendiri yang halau awak keluar, mata tu, langsung tak ada riak kesian lagi, abah gelar diri dia aku bukan lagi abah macam selalu, hari dimana tak ada siapa pun dari keluarga tu dapat pertahankan saya dan awak. Abah pernah cakap, abah janji dengan arwah ayah untuk jaga awak sampai awak 18 tahun. Aishah awak ingat tak waktu awal begaduh apa entah lepastu awak ambik pisau abah, awak rasa nak bunuh diri tapi awak takut, awak kelar tangan awak slow slow sebab awak takut, abah balik kerja masuk bilik awak marah marah kenapa saya buat hal dan ternampak saya pegang pisau tu abah terus rampas, Saya ingat abah cakap wah nak bunuh orang pulak? Kenapa abah fikir macam tu?Saya tak ada niat sikit pun nak bunuh diorang saya cuma nak bunuh diri saya. Sejak tu bila diorang keluar naik kereta saya selalu bayangkan diorang accident dan mati, jahatkan saya.Saya rasa itu sahaja saya nak luah dekat awak, mesti awak dah berjaya kan? Maafkan saya Aishah sebab hantar ni pada hari jadi awak yang ke-25. Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak. Jangan lupa untuk ucap terima kasih pasa saya juga tau sebab mampu bertahan! Salam sayang dari saya! -12.29 am-

Load more comments

Sign in to FutureMe

or use your email address

Don't know your password? Sign in with an email link instead.

By signing in to FutureMe you agree to the Terms of use.

Create an account

or use your email address

You will receive a confirmation email

By signing in to FutureMe you agree to the Terms of use.

Share this FutureMe letter

Copy the link to your clipboard:

Or share directly via social media:

Why is this inappropriate?