Press ← and → on your keyboard to move between
letters
Dear FutureMe,
Sepatutnya tulis waktu hari lahir ke-16 (25/8/2021) tapi sebab baru-baru ni "factory reset" telefon, tertangguh sedikit. Jadi, kau berada di mana sekarang (tempat yee)? Sepatutnya hari ini, kita sudah berumur 20 tahun bukan? Wah, bagaimana rasanya menjadi orang dewasa? Aku bangga dengan kau, kenapa kau tanya? Sebab kalau kau baca surat ni sekarang maksudnya kau masih hidup lagi, aku rasa kau faham kalau aku cakap sampai situ. Kau ada lesen kereta? Lesen motosikal? Aku tak rasa kau ada kereta sekarang, tapi mungkin motosikal, atau tekaan aku jauh tersasar? HAHAHAH, apa-apapun aku harap kau mempunyai pengangkutan yang baik. Banyak gila soalan aku nak tanya kepada kau ni, jadi jangan marah, jangan serabut ya. (◕દ◕)
Kita mula dengan sekolah dulu. Tahun berapa kita ambil SPM? 2022 ke 2023? Keputusan SPM pula bila keluar? Keputusan tu pulak okay ke? Ke mana kita selepas SPM? Ke UniKL-JUP atau sebaliknya? Kita berjaya ke pergi "roadtrip" dengan Syaf, Mary dan lain-lain? Keputusan SPM mereka macam mana? Haluan apa yang mereka pilih selepas SPM? Dan yang paling penting, adakah Syaf, Mary dan Qayyum masih sahabat rapat kau? Aku harap begitulah, rajin-rajinlah bertanya khabar kepada mereka.
Oh ya, mungkin permintaan aku ni pelik sikit, tapi boleh tak kau kata kat diorang aku bertanya khabar? Aku ucap terima kasih terlebih dahulu yaa.
Seterusnya kita pergi kepada kehidupan. Ada "bf/gf/partner" tak? hehehe, aku rasa takde kot sebab kau kan...💅🏽 (´ε` ). Seronok tak sekarang? Kawan baru ramai? Kita kerja ke? "Part-time"? Mak abah macam mana, okay? Aku doakan mereka sentiasa sihat dan diberkati. Izzati dengan mamat? Izzati belajar sains forensik tak? Kalau tak buat penat je aku "research" pasal kos tu. Mamat SPM kan tahun ni? SPM kat mana? SMART? Ke sekolah lain? Dia ambil aliran apa? HA! Baru teringat, kau menyimpan/menabung kan? Dah hidup sendiri/berdikari ni, duit tu pandai-pandailah uruskan yeee~. Sampai situ je kot soalan aku tentang hidup, kalau ada apa-apa kau nak tambah/cerita, kau tulis ek. Tulis kat mana-mana buku ke kertas.
Sekarang kepada soalan-soalan yang terakhir. Masih minat "musical"? Tolonglah kata ya, kalau tak habislah aku, aku punya impian nak pergi tengok Broadway dengan Takarazuka tau! Idol pulak? Stray Kids, Nogizaka46, Hinatazaka46 macam mana? Kau ada hobi tak sekarang? Kalau ada, apalah agak-agaknya? Tolong jangan asyik tukar-tukar hobi yee, nak ada dua tiga hobi tu okay, tapi kalau asyik tukar-tukar je, habislah. Kau dapat tak beli kamera SLR Sony? Ke kau sekarang ada banyak kamera, bukan kamera Sony ke, kamera filem pon ada? KSHDJSKAK, apalah aku mengarut ni... Telefon pulak? Masih pakai Honor 6A atau dah tukar? Kalau dah tukar, telefon tu jadi apa sekarang? Minyak wangi apa kau pakai sekarang? Yang macam Hazy Green atau MIX:BAR Cloud Musk? Atau bukan dua-dua tu? Kau merokok ke? Kalau ya, aku harap kau hanya "social smoking", takpun kau merokok "herbal smoke". Apa-apapun jangan selalu sangat merokok yaa (。•̀ᴗ-)✧.
Itu je kot soalan-soalan aku. Ohhhh, tahun depat Jepun anjurkan temasya sukan Asia kan? Jangan lupa tengok tau!!! ⟵(๑¯◡¯๑) Hurmmm, apa-apa tulis yaa! Dah kata kat atas dah tadi (ノಠ益ಠ)ノ彡┻━┻.
Sekali lagi, ada permintaan. Kata dekat kawan baru kau yang aku cakap terima kasih sebab sanggup berkawan dengan kau, yelahkan kau ni selagi takde orang cakap dengan kau, berseorangan macamtuu jelah. Dalam erti kata lain, terima kasih kepada ekstrovert yang sanggup "adopt" introvert sorang ni. (◠‿・)—☆
Selamat hari lahir, always be who you are! Be confident, there's no turning back. One and only shot we got. Use it wisely. Ain't got time to regret, but always remember those moments. Love you even after the end ( ◜‿◝ )♡
Ikhlas dari,
Maizatul Maisarah binti Ahmad Zaidi
30/8/2021 (16 tahun)
**p/s maaf kalau ejaan salah sana sini (⌐■-■)
Sign in to FutureMe
or use your email address
Create an account
or use your email address
FutureMe uses cookies, read how
Share this FutureMe letter
Copy the link to your clipboard:
Or share directly via social media:
Why is this inappropriate?