Time Travelled — 7 months

A letter from Dec 31, 2024

Dec 31, 2024 Jul 20, 2025

Peaceful right?

Kiriman kepada Bonda. Bonda Anakanda sudah kian dewasa. Tetapi Bonda, Seperti baru kemarin bonda mengusap lembut ubun-ubun anakanda. Ternyata, sudah lama ceritanya. Anakanda sayang benar sama Bonda. Doakan kejayaan anakanda sentiasa ya Bonda. Tiada apa yang lebih membahagiakan selain kebahagian Bonda. Ampunkan anakanda yang dahulunya mementingkan diri dan tidak memikirkan hati Bonda. Anakanda sangat sayang kepada Bonda. Bonda ingat sampai bila-bila ya. Juga, Bonda. Anakanda rindukan masa kita dahulu. Sangat-sangat Bonda. Sarat rasanya hati ini mahu kembali ke masa lalu. Mahu kembali diusap lembut ubun-ubun anakanda oleh Bonda. Dimanja-manja seperti anak-anak yang naif, tanpa tahu dunia yang akan menantinya dihadapan nanti. Dunia yang tidak lagi Bonda mampu melindungi anakanda daripadanya. Tetapi, Bonda. Anakanda masih anak perempuan kecil dimata Bonda kan? Sentiasa? Ku mohon Bonda. Jangan difikirkan anakanda ini sudah terlampau dewasa. Sehingga tidak perlu lagi Bonda membelai manja. Sudah dihiraukan kata-kata mereka, yang anakanda ini anak emak. Biarlah mereka. Sesungguhnya, Bonda adalah syurga buat anakanda. Selamanya. Bonda. Semoga Bonda sentiasa di dalam rahmat Tuhan. Dipanjangkan umur agar dapat anakanda luangkan masa bersama Bonda, lebih lama sedikit. Semoga Bonda bahagia selama-lamanya. Bonda adalah ibu yang sempurna di mata anakanda. Usah Bonda khawatir jika terdapat cela di dalam membesarkan anakanda. Bonda juga manusia. Sudah anakanda lepaskan segalanya. Sayang Bonda sehingga ke syurga. Anakanda tercinta, Untuk Bonda, Zarina Binti Abu Bakar. 31 Disember 2024.

Load more comments

Sign in to FutureMe

or use your email address

Don't know your password? Sign in with an email link instead.

By signing in to FutureMe you agree to the Terms of use.

Create an account

or use your email address

You will receive a confirmation email

By signing in to FutureMe you agree to the Terms of use.

Share this FutureMe letter

Copy the link to your clipboard:

Or share directly via social media:

Why is this inappropriate?